Terkejut tengok video ni. Seorang lelaki sedang berjalan tiba-tiba terjatuh lalu ditarik oleh lembaga yang muncul entah dari mana. Video ini diambil menerusi rakaman CCTV.
Anda lihat sendiri video di bawah:
Terkejut tengok video ni. Seorang lelaki sedang berjalan tiba-tiba terjatuh lalu ditarik oleh lembaga yang muncul entah dari mana. Video ini diambil menerusi rakaman CCTV.
Anda lihat sendiri video di bawah:
Oleh: Aimi Nordin
Seronoknya kalau mandi guna span badan ni kan? Lagi banyak buih bila letak sabun kat span tu. Tapi kalau anda masih menggunakan span badan ni dinasihatkan berhenti guna kerana ianya mendatangkan lebih banyak bahaya dari berguna menurut pakar dermatologi.
Ini kerana bakteria membiak sangat cepat pada span badan ni hanya dalam satu malam! Selain itu, sel-sel kulit mati yang anda gosok akan terperangkap dalam lipatan jaring tu. Kemudian, span badan tu pula berada dalam bilik air yang suhunya panas lembap. Jadi kulit anda mudah terkena jangkitan bakteria dan kulat pada kulit.
Oleh Feyra Nasrom Sumber Indiatimes
Memang luar biasa, kebolehan yang dianugerah seorang bayi berusia 18 bulan ini ternyata memukau orang ramai apabila dia mampu menghafal 26 mata wang dan 7 keajaiban dunia.
Ibu kepada bayi, Asavari Bale terkejut dengan kebolehan anak dan lama-kelamaan, bayinya semakin petah berbicara dan mula menterjemahkan nama-nama haiwan daripada bahasa inggeris kepada bahasa Marathi
Sejak berusia 6 bulan lagi, Advika sudah mula pandai bercakap. Bukan itu sahaja, Advika juga sudah mula memperkenalkan abjad, buah-buahan dan gambar-gambar haiwan.
Ketika berusia 8 bulan, ibunya mula mengajar negara, mata wang, keajaiban dunia dan sebagainya. Genap berusia 10 bulan, Advika mula mengenal pasti kesemua bahagian di tubuhnya.
Kepintaran luar biasa yang dimiliki Advika terbukti apabila dia berjaya menjawab 100 soalan yang disiapkan ibu bapa Advika kepada wartawan yang bertanya soalan kepadanya.
Mungkin si suami terburu-buru untuk ke tempat kerja sehingga tertinggal bekal makanan di rumah.
Memandangkan si isteri tidak mahu suaminya terkejar-kejar balik ke rumah, lihat bagaimana si isteri past makanan tersebut dari tingkat atas kepada suaminya.
Lingkaran gelap bawah mata bukanlah hanya berpunca dari tidur yang tak mencukupi. Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan lingkaran di bawah mata semakin gelap. Antaranya, kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata anda:
1. Pudina
Sapukan daun pudina yang telah hancur pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.
2. Ubi Kentang
Ambil hirisan ubi kentang dan letakkan pada bawah mata.
3. Dehidrasi
Banyakkan minum air. Bila badan anda kurang air badan anda akan mengalami dehidrasi ini akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata anda.
4. Tidur yang secukupnya
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah anda itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.
5. Uncang teh
Letak uncang teh yang dah direndamkan ke dalam air di dalam peti ais dan biarkan ianya sejuk dahulu. Uncang teh yang disejukkan mampu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata anda. Kemudian letak uncang teh tersebut di permukaan mata anda selama 15 – 20 minit.
Punyalah hebat lelaki ni main ping pong ditambah pula scene kelakar memang bikin kami gelak terbahak-bahak.
Rugi kalau anda tak tengok video ni sampai habis. Skil main ping pong lelaki ni memang mengkagumkan, kami tak tipu!
Jom lah layan video kami jap:
Agak menyeramkan apabila mayat seorang kanak-kanak yang mati 300 tahun yang lepas dilaporkan telah membuka matanya.
Seorang pengunjung yang melawat Gereja Guandalajara di Jalisco, Mexico telah merakam satu insiden yang menyeramkan dimana mayat kanak-kanak yang disimpan di dalam peti kaca telah membuka mata.
Mayat kanak-kanak yang kelihatan seperti patung ini telah diawet dengan lilin bagi memastikan wajahnya tidak reput sejak 300 tahun lalu.
Ada yang menganggap cerita tersebut hanya rekaan semata-mata namun tak kurang juga yang mempercayainya.
Meh tengok video kat bawah ni dan anda nilaikan sendiri.
Sumber: Harian Metro
Oleh Feyra Nasrom Sumber mynewsvibe
Tiada istilah kereta sebagai rumah kedua okay! Ramai yang mengamalkan amalan ini tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Ya, tidur dalam kereta dalam keadaan enjin dan aircond terbiar buka itu bahaya. Dah banyak kes kematian terjadi disebabkan lena dalam kereta dengan keadaan aircond terbiar.
Enjin dan aircond yang terbiar dalam jangka masa lama akan menyebabkan satu gas beracun keluar iaitu kebocoran gas karbon monoksida atau CO.
CO sangat bahaya pada manusia kerana ia akan menjejaskan hemoglobin. Korang tahu taka pa fungsi hemoglobin? Hemoglobin tugasnya untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan bebaskan ke tisu badan. Jika kita menyedut gas CO, ia boleh membunuh disebabkan gas CO sudah mengganti oksigen dan boleh membunuh manusia dala, beberapa minit sahaja.
Kebocoran gas karbon monoksida ini berlaku dari ekzos dan akan masuk menerusi aircond kereta. Jadi, kroang kena berhati-hati, kalau nak tidur, pastikanjangan pasang aircond dan matikan enjin. Nak lebih selamat, cari mana-mana tempat untuk lelap seketika. Jangan ambil mudah akan perkara ini okay!