Lek Lu

Friday, 14 October 2016

[Video] Anda Tak Perlu Berusah Payah Beratur Dengan Adanya Kerusi Canggih Ini

Screen Shot 2016-10-14 at 8.23.48 PM

Kalau sebelum ini Nissan telah mencipta teknologi kerusi tersusun sendiri apabila anda tepuk tangan. Kini mereka akan mencipta satu lagi jenis kerusi baru yang memudahkan anda beratur yang diilhamkan oleh Nissan ProPilot.

Nampaknya jika ProPILOT Chair ini dihasilkan maka orang ramai tak perlu lagi bersusah payah untuk berdiri dan beratur semasa menunggu. 

Jom tengok video ni!

Teknologi semakin memanjakan kita nampaknya. Apa komen anda?

Sumber: Youtube

Nak Rambut Kekal Sihat Dan Cantik Tanpa Perlu Berbelanja Banyak, Jom Cuba Cara Ini

8-bahan-alami-untuk-melawan-rambut-beruban

Nak rambut cantik tanpa perlu berbelanja banyak? Boleh je, anda boleh gunakan barang-barang yang ada di dapur anda bagi memastikan rambut sihat, lembut dan kekal cantik seperti baru keluar salon!

1. Mayonis dan Avokado

Ya, mayonis sangat bagus untuk rawatan rambut. Sebab? Mayonis diperbuat daripada telur. Telur merupakan sumber protein yang sangat baik dan memang sesuai diletakkan pada rambut. Campurkan mayonis dengan buah Avokado dan sapu pada rambut. Avokado kaya dengan lemak dan membantu merawat rambut rosak.

Ambil 2 sudu mayonis dan separuh Avokado. Campurkan kedua-dua bahan ini dan kemudian sapu hingga hujung rambut. Biar dalam beberapa minit, kemudian bilas.

2. Yogurt

Sapu rambut dengan yogurt. Yogurt boleh mengembalikan protein yang hilang dari rambut dan akan melembutkan rambut yang kering dan kasar. Sapu je yogurt pada rambut dan biar dalam 20 minit. Kemudian bilas.

Guna dua bahan ni je dah boleh buat rambut jadi sihat dan bersinar. Boleh try dekat rumah dan lihat hasilnya okay! 

Sumber: CARI

 

 

Tak Perlu Nak Tukar Passport, Kalau Dulu Gemuk Sekarang Kurus

Oleh kerana muka berubah selepas kurus, lelaki ini ditahan oleh pihak imigresen Hong Kong ketika melancong di negara itu.

Pengalaman tersebut telah dikongsikan oleh Syahir di Facebook miliknya. Dia ditahan selama 30 minit untuk disoal siasat. Antara soalan yang diajukan kepadanya termasuklah adakah passport tersebut miliknya.

Jom baca:

Screenshot-(5)

Menurut Utusan Online, sekiranya pemegang passport Malaysia berhadapan dengan sebarang masalah dengan dokuman perjalanan, termasuk perbezaan wajah pada gambar dengan fizikal anda yang sebenar ketika berada di luar negara, anda dikehendaki menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara yang anda lawati.

Jurucakap Jabatan Imigresen berkata, itu merupakan langkah terakhir jika usaha penerangan dan meyakinkan pegawai bertugas di pintu masuk sesebuah negara menemui jalan buntu, tulis Utusan Online.

Sumber: Facebook Syahir Sepet & Utusan Online

Thursday, 13 October 2016

Lelaki Ini Beri Diskaun Kepada Kanak-Kanak Yang Datang Potong Rambut Sambil Baca Buku

Facebook / The Fuller Cut

Fuller Cut Barbershop di Michigan memberi diskaun untuk kanak-kanak yang membaca dengan kuat semasa mereka mendapat potongan rambut.

Menurut pemilik kedai tesebut, Ryan Griffin, ibu bapa cukup menyenangi dengan penganjuran program tersebut. Kanak-kanak yang datang lagilah suka kerana mereka dapat kembali dua dollar mereka.

Kedai tersebut turut mendapat pujian daripada guru-guru di sana. Pelanggan mereka juga semakin bertambah selepas mereka mendapat tahu tentang program membaca yang dianjurkan oleh Fuller Cut Barbershop itu. 

Menarik juga idea ni. Rasanya barbershop kat Malaysia ni dah boleh buat promosi macam ni. Mungkin ini merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak.

Facebook / The Fuller Cut

Facebook / The Fuller Cut

 

Sumber: Sunny Skyz

[Video] Wanita Ini Akan Menanggalkan Bibirnya Setiap Kali Nak Makan

Screen Shot 2016-10-14 at 10.59.55 AM
Tanggal bibir setiap kali nak makan? Memang pelik tapi itulah yang berlaku setiap kali pelakon wanita dan penyampai TV dari Rusia ini nak makan.
Evelina Bladens, 47, telah memuat naik video dia menanggalkan bibirnya yang mengandungi implan silikon bagi membolehkan dia untuk makan. 
Lihat bagaimana wanita ini menanggalkan bibir palsu tersebut. Jangan takut, tak mengerikan pun.
 
Sumber: mynewshub

10 Tanda Kewangan Anda Stabil

maklumat-duit

Kita pun tahu ekonomi negara sekrang turun naik, tak perlu terkejar-kejar rezeki orang lain-lain tapi yang penting anda berusaha untuk mengubah hidup anda tu.

Berikut merupakan 10 tanda kewangan anda sudah di peringkat stabil atau selesa yang dikongsikan di Facebook Harith Faisal.

Screen Shot 2016-10-13 at 6.06.23 PM Screen Shot 2016-10-13 at 6.05.56 PM 14591863_1315400518470277_5089698753625657338_n

14595811_1315400571803605_2981333692645581072_n

 

Sumber: FB Harith Faisal

Terdapat 3 Jenis Air Mata

Imej dari Liputan6.com

Oleh: Aimi Nordin Sumber: cnnindonesia

Yang kita tahu hanyalah menangis apabila sedih, gembira, kecewa dan sebagainya. Air mata berkait besar dengan emosi yang kita alami. Tapi tahukah kita sebenarnya air mata pun ada macam-macam jenis tau. Ada 3 jenis kesemuanya.

 1. Air mata Basal

Tahu tak sebenarnya air mata sentiasa ada kat dalam mata kita. Air mata ni tujuannya untuk melindungi mata daripada habuk atau debu yang masuk. Cuba tengok mata anda dekat-dekat kat cermin memang sentiasa berair kan?

2. Air mata Reflek

Air mata reflek pula apabila mata kita memberi respon terhadap sesuatu benda contohnya macam kita menangis bila potong bawang. Bila kita kupas bawang sebenarnya ada reaksi kimia yang terjadi. Reaksi ini mengubah sulfoksida (zat yang membuat aroma bawang begitu menyengat) menjadi asam sulfenic.

Jadi mata kita seakan kena sengat dan menghasilkan air mata sampai tak terkawal dah. Air mata yang keluar tu buang zat dan partikel yang dapat membahayakan mata.

3. Air mata Emotional

Haaaa, air mata emosi ni jadi bila kita sedih, gembira tu la. Betul tak bila kita nangis emosi ni kita akan rasa lebih lega selepas tu? Sebabnya air mata emotional ni fungsinya untuk menstabilkan perasaan kita. Air mata emosional mengandungi kadar stress yang lebih tinggi. Ada ACTH dan enkephalin, sebuah endorfin dan pembunuh rasa sakit yang dialami, yang dipercaya dapat menenangkan emosi seseorang.