Lek Lu

Sunday, 1 May 2016

“Ya Allah, janganlah kau jadikan Ir, ir, Irfan macam bapak ti,ti, tiri aku”

razak

Sumber: FB PBJ. Oleh : Aimi Nordin

Kanak-kanak istimewa ni memang sangat istimewa. Mereka hatinya lebih jujur, bersih dan tulus apabila bercakap. Seorang abang ni menceritakan pengalamannya berborak dengan seorang remeja istimewa di sebuah masjid. Melucukan tapi cukup terkesan di dalam hati apa yang keluar dari mulutnya.

Ceritanyaa… 

Dia menghulurkan telefon bimbitnya yang tiada SIM card. “Abang tengok ni, kenal tak budak perempuan ni nama dia, Ana.” Aku tanya, “Ana mana ni?” Dia jawab, “Dia duduk depan rumah saya. Baik dia. Selalu bagi saya makan.”

Kemudian saya tanya, “Depan rumah? Rumah kau di mana?”
Dia jawab “Apalah awak ni, rumah saya depan rumah Ana lah! Tadikan dah beritahu.”

Sah ini lelaki agak istimewa. Berkenalan dengan seorang yang tidak berumah telah banyak menginsafkan diriku.

Dia yang digelar sahabatku sebagai “Shod Dhod Tho Zho”, cekap menghafal dan mengeja. Cakapnya banyak tergagap dan amat pantang jika aku mencelah di tengah bualannya.

Sebelum pulang, aku berseloroh, “Razak, kau doakanlah aku.”
-“Nak doa apa ni? Buatlah senarai.”
“Alah, doalah apa-apa.”

Dia duduk menghadap kiblat, dan terus berdoa. Aku duduk di belakangnya, mengaminkan.

“Ya Allah, banyakkanlah rezeki kawan aku ni, Irfan.”

Tiba-tiba dia toleh ke belakang, “Kau ada anak?” Aku angguk.

Dia sambung, “Ya Allah, janganlah kau jadikan anaknya macam aku ni. Biarlah anaknya besar dapat tolong mak ayah dia. Janganlah kau jadikan.. Ir, ir, Irfan macam bapak ti,ti, tiri aku yang campak aku macam ni. Selamatkanlah Irfan du, du, dunia akhirat. Selamat, se, se, se, selamat, slamat, slamat, slamat…”

Airmata telah menghujan pipiku selebat air yang mencurah dari langit. Aku tidak tahan lagi, lantas aku berlari ke dalam kereta, dan menaipkan tulisan ini terketar-ketar, sambil mataku berkaca tidak nampak apa yang kutaipkan lagi.

Ya Allah, sesungguhnya ciptaanMu ini amat indah. Ternyata Kau Maha Cantik dan Maha Sempurna. Lelaki ini biar sebegitu rupa, namun sewaktu sesekali subuh kami di masjid ini dia jarang tinggalkan saf-Mu.

Selamat, selamat, selamat yang dia ucapkan tadi tanpa putus, moga kau selamatkan kami seperti kau selamatkan dia dengan janji syurga. AMINNNN NNNNNN

Untungnya Mak Cik Ni Dapat Anak Lelaki Yang Sweet. Ni Baru Till Jannah

Screen Shot 2016-05-01 at 3.37.20 PM

Sumber: IG @en.pamey. Oleh: Aimi Nordin

Kasih ibu membawa ke syurga. Tiada apa yang boleh disamakan dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Ibu lah yang sanggup korbankan segalanya termasuklah nyawa mereka. Bila dah besar dan dewasa, korbankanlah masa anda untuk mereka.

Seorang lelaki menjadi viral kerana gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram @en.pamey sangat sweet bersama ibunya. Kapsyen yang disertakan pun mencuit hati. Alahai beruntungnya mak cik ni dapat anak lelaki macam ni. Kami yang tengok pun sejuk hati.

Ni kami belanja gambar-gambar lelaki ni dengan ibunya. Sempoi habis ibu dia posing melayan dia. Comel sangat.

screen-shot-2016-04-11-at-4-41-05-pm

screen-shot-2016-04-11-at-4-41-40-pm

screen-shot-2016-04-11-at-4-42-54-pm

 

Cara Mudah DIY Dapur Untuk Anak Anda Main Masak-Masak

7_2

Sumber: Littlethings.com Oleh: Aimi Nordin

Normal lah bila zaman kanak-kanak kita macam-macam mainan ibu bapa kita belikan untuk kita kan? Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke penuh  bilik dengan mainan je. Lelaki selalunya mainan lebih kepada robot, kereta dan superhero. Perempuan pula semestinya anak patung, permainan alat solek dan peralatan masak-masak. Betul tak ?

Tapi sekarang kalau nak beli set permainan masak-masak siap dapur, sinki dan sebagainya mesti mahal kan. Tapi jangan risau sebab seorang ibu, Rodessa Villnueva ada cara best DIY untuk anaknya yang suka main masak-masak.

Hanya dengan menggunakan cupboard, dia gunting, cat dan hias seperti dapur sebenar yang buatkan kita yang dah besar ni pun nak join main masak-masak sekali.

Ni kami kongsikan beberapa gambar mengikut turutan yang mungkin ibu bapa di luar sana nak cuba buat untuk anak-anak mereka.

1. Mula-mula Rodessa susun kotak mengikut layout dapur sebenar. Di mana letaknya sinki, oven, kabinet dan peti sejuk,
2. Bila semuanya dah tersusun atur, Rodessa mula mengecat untuk buat ia kelihatan lebih menarik untuk anaknya.
3. Bukan itu sahaja, dia juga tambah beberapa dekorasi seperti tingkap dan langsir.
4. Kreatifnya sinki ! hanya menggunakan periuk terpakai dan juga penutup botol sabun.
5.  Tadaaaaaa, inilah hasil usaha seorang ibu untuk anaknya.

4_8

5_5

7_2

8-1

9_2

11

Ibu Terkejut Kemalangan Berhampiran Rumah Adalah Anak Sendiri


Ibu Terkejut Kemalangan Berhampiran Rumah Adalah Anak Sendiri|Seorang ibu, Zalina Ghani, 40, tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang kedengaran berhampiran rumahnya awal pagi ini adalah kemalangan melibatkan anaknya sendiri.
Lebih menyedihkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2.4, Jalan Tanah Merah – Pasir Mas kira-kira pukul 1.15 pagi itu mengorbankan anaknya, Mohd. Alif Amani Mohd. Zafri, 20.
Selain Mohd. Alif Amani turut me­ninggal dunia dalam nahas itu ialah Muhammad Salihin Yasar, 17 dan Tan Hok Sun, 28, manakala tiga lagi mangsa cedera parah.
Zalina berkata, selepas mende­ngar bunyi dentuman itu, dia segera pergi ke tempat kejadian.
“Tiba di lokasi kemalangan saya terkejut melihat Mohd. Alif terbaring di jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.
“Mohd. Alif Amani kemudian dikejarkan ke Hospital Tanah Merah sebelum disahkan meninggal dunia. Meskipun sedih de­ngan kejadian itu, namun saya reda kerana Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di rumah di sini hari ini.
Zalina membe­ritahu, anak ketiga daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun sejak kebelakangan ini dia berubah menjadi pendiam.
“Saya ingatkan sikapnya sengaja dibuat-buat namun itu rupanya petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
13076594_225279944518418_5259742469134612574_n
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic yang dinaiki Mohd. Alif Amani hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuju ke Pasir Mas.
Menurutnya, kenderaan tersebut kemudiannya memasuki laluan bertentangan menyebabkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lagi mangsa menuju ke Ta­nah Merah melanggar bahagian kiri kereta itu.
Katanya, Hok Sun yang memandu kereta jenis Proton Wira itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
“Manakala Mohd. Alif Amani dan penumpangnya, Muhammad Salihin meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.
“Tiga lagi remaja perempuan yang merupakan penumpang kereta Honda Civic, Nurul Atika Abdullah, 17, Nurul Idayu Nasri, 18 dan Nor Asmira Mahadi, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tanah Merah,’’ katanya.
13119058_225279884518424_5892024761896864941_n
13083249_225279761185103_8201117883817287225_n
13119097_225279964518416_4655615157468796340_n


WAJAH TERBARU SHAHEIZY SAM SEPERTI PENAGIH DADAH


Kuala Lumpur, 1 Mei - Melihatkan mukanya yang semain cengkung, ramai peminat pelakon Shaheizy Sam risau dan bertanya khabar tentang kesihatan artis itu.

Bagaimanapun, kesemua persoalan yang bermain di benak peminat akhirnya terjawab apabila pelakon berkenaan memuat naik gambarnya di Instagram beserta jawapan sekali mengapa dia kurus.

"Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti "kenapa kurus sangat?", "Sam sakit ke?", dan ada juga yang bagi statement seperti "jangan la kurus sangat, tak handsome". Hehek .

"Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa.

"Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!

BH Online pula melaporkan, Sam kehilangan kira-kira 8 kg sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Sam, dia menurunkan berat badannya untuk membawa watak Naufal dalam filem terbaru "Pinjamkan Hatiku".

"Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini," katanya kepada BH Online. - SUMBER

"KERJA BANKER TAK CUKUP DUIT KER SAMPAI BERNIAGA TEPI JALAN.."


Ada orang malu nak beritahu yang dia berniaga untuk sara hidup. Malu nak beritahu yang dia berniaga online, malu nak beritahu dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan di wall Facebook, malu nak beritahu kawan-kawan yang Sabtu dan Ahad dia buka meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang-petang.

Kenapa mesti malu ye? Aku ada kawan yang weekday dia kerja as banker dan weekend dia buka meja jual air mangga. Sedikit pun tak ada rasa takut untuk dikecam,

"Eh? Kau jual air mangga? Kerja banker tak cukup duit ke?"

Kalau kau dengar ada suara-suara sumbang seperti ini, kau jangan pergi maki dia. Kau tapau satu cawan, bagi dia minum free. Selepas itu, kau cakap pada dia,

"Kalau sedap, lepas ini singgit satu cup,"

Sama ada kau berniaga atas dasar nak mencari duit lebih, memandangkan kita semua ada hutang nak dihadap setiap bulan atau berniaga sekadar suka-suka, tak usah malu. Semua rezeki Allah sudah tentukan. Semua kerana gerak dari Dia.

Kita bukan buat kerja haram, kita berniaga sahaja gais. Bukan pergi mencuri. Janganlah malu dalam mencari rezeki, janganlah punyai rasa takut yang standard kita akan jatuh. Malulah jika kamu malas dan hanya mengharap belas ikhsan dari orang.

Dan bagi mereka yang suka mengata kawan-kawan yang berniaga secara kecil-kecilan ini, nasihat aku hanya satu sahaja. Kau belum didigua Tuhan lagi. Dunia ini roda, ada masa kita di atas, satu hari nanti kita pasti di bawah. Jangan menghina. Mungkin mereka itu tidurnya lebih lena dari kita. - Lini Mohd

Saturday, 30 April 2016

Semasa Harinder ditawarkan rm50 ribu untuk kembali murtad


SETELAH16 hari melafazkan syahadah, Harinder Singh Pal berkongsi kisah perjalanan awal dalam kehidupannya sebagai muslim.

Sudah empat hari saya belajar bersolat dan membaca Al Fatihah, katanya ketika muncul live dalam program Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah #IslamIsFirstClass pagi tadi.
Harinder hadir ke set Assalamualaikum TV Al Hijrah bersama Johan Fariz yang banyak membantunya.
Harinder hadir ke set Assalamualaikum TV Al Hijrah bersama Johan Fariz yang banyak membantunya.
Harinder sentiasa berharap dirinya kekal ceria dan semua pihak menerima dirinya. Begitu pun,yang paling penting sekali Allah menggembirakan dirinya.
Walaupun banyak dugaan menimpa termasuk ditawarkan RM50 ribu supaya mengumumkan dirinya keluar Islam, Harinder kekal positif. Dia mahu istiqamah terhadap jalan hidupnya serta berharap semua pihak menerima dirinya seadanya.
Kisah saya kembali pada Islam tersebar sampai ke India. Tapi abang tak marah, malah dia berikan duit untuk belanja setelah tahu saya kehilangan kerja, cerita Harinder ketika ditemubual Farah Deeba.
Harinder turut menceritakan dirinya kini mengikuti kelas solat dan membaca Al Quran. Malah setiap kali hadir di kelas, dia akan berulangkali melafaz semula ucapan syahadah.
Ditanya mengenai kejadian dihalau keluar dari rumah sewanya, Harinder menjelaskan kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia pulang dari hospital.
Beberapa hari selepas lafaz syahadah, saya sakit dan perlu ke hospital. Ketika pulang, semua pakaian saya sudah di luar rumah, katanya.
Harinder yang sentiasa ceria, turut menceritakan detik-detik mengharukan selepas melafazkan syahadah di Stadium Hoki Bukit Jalil 14 April lalu.
Betapa setiap pelukan yang diterima membuatkan dirinya terasa seperti baharu dilahirkan kembali.
Saya melafazkan syahadah setelah yakin dengan jawapan dan penjelasan Dr. Zakir Naik. Sebelum pergi ke majlis itu, saya hanya menonton video ucapannya, jelas Harinder.
Kisah hidup Harinder menarik perhatian ramai setelah Mynewshub mendedahkan kesusahan hidup pemuda ini, Rabu lalu.
Selain kontrak kerjanya tidak diperbaharui, Harinder terpaksa hidup menumpang setelah dihalau keluar dari rumah sewanya.
Dalam pada itu, semua krew Assalamualaikum mengakui agak terperanjat melihat sikap Harinder yang sentiasa ceria dan amat mesra sepanjang berada di set.
Dia sangat positif dan langsung tidak terjejas dengan pelbagai dugaan yang dialaminya dalam 16 hari pertama sebagai Muslim, kata Penerbit Assalamualaikum #PenghijrahanFenomena Mohd. Firdaus Samad.
Sama-sama kita doakan Harinder terus istiqamah. MYNEWSHUB.CC