Lek Lu

Tuesday, 1 March 2016

Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak




Seringkali memuatnaik gambar anaknya, Lara Alana di laman media sosial,Awal Ashaari menjelaskan bahawa dia dan isteri seronok untuk berkongsikan perkembangan anak mereka kepada peminat dan dalam masa yang sama Awal turut mendapat reaksi positif daripada ibu bapa.

“Saya suka berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara Alana, ramai juga yang emeil saya untuk bertanya berbagai-bagai perkara. Ada juga ibu bapa yang beri pendapat mereka dalam hal ini dan saya rasa ramai orang di luar sana yang sayangkan anak saya”
“Pada awalnya saya cuma ingin buat journal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara”
“Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar. Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia,” katanya kepada mStar Online(rtky/s)
1- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA               2- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA             3- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA
4- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA              5- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA              6- Walau Dikritik, Awal Ashaari Seronok Kongsi Perkembangan Anak - ROTIKAYA
SUMBER

Yusry, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak

Bagi sesetengah selebriti, mereka tidak kisah untuk berkongsikan gelagat cahaya mata di laman sosial namun bagi Yusry dan juga isterinya, Lisa Surihani, faktor keselamatan adalah keutamaan mereka.

Kata Lisa, dia dan suami sudah sepakat untuk tidak membuka akaun laman sosial khusus buat anaknya, Yahaira Leanne. Bagaimanapun pasangan ini tetap menghormati pandangan berbeza masyarakat dalam hal tersebut.
“Tidak bermakna saya betul atau ibu bapa lain salah berhubungan hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati"
6- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA copy
“Bagi saya, apa yang saya katakan ini adalah berkenaan kami, bukannya merujuk kepada orang lain. Pada waktu sama kami amat menghormati pendirian ibu bapa lain”
“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya seperti kanak-kanak lain. Kalau dia sudah mengenal teknologi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,” jelas Lisa kepadaBH Plus.
Apa pun, keputusan yang terbaik pastinya datang daripada ibu bapa sendiri. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki.(rtky/s)
7- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                 6- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                 4- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA
3- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                 2- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                 10- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA
9- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                  8- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA                 5- Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak - ROTIKAYA
SUMBER

Gambar Sekitar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru


Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru Akim Ahmad dan juga Stacy AF. Sabtu lepas, telah berlangsung majlis resepsi perlahwinan Akim dan Stacy di di Dewan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, Johor.
Majlis itu juga merupakan majlis resepsi kedua sebelah pihak lelaki. Majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.
Antara rakan selebriti yang hadir ke majlis ini ialah Tomok, Black, Amy Search, Datin Alyah, Dafi, Ika Nabila, Lufya dan ramai lagi.
Kami kongsikan bersama anda beberapa lagi keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Apa pun, semoga ikatan yang dibina pasangan ini akan terus kekal bahagia hingga ke Jannah.(rtky/s)
1- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      4- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      13- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA

8- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      7- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      6- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA

3- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      2- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      11- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA

5- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      12- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA      10- Gambar Resepsi Akim Ahmad, Stacy AF Di Johor Bahru - ROTIKAYA

INILAH TEKNIK RAHSIA UNTUK PICIT JERAWAT SUPAYA TIDAK TINGGALKAN KESAN PARUT

Kesan-Buruk-Picit-Jerawat.jpg

Kalau anda salah teknik picit, jerawat yang muncul akhirnya jadi melecet atau makin teruk. Jadi untuk elak kulit wajah berparut, anda boleh ikut langkah ini…

1. Cuci tangan dan terus cuci wajah dengan air bersih menggunakan pencuci wajah. Ini bagi menghilangkan semua bakteria dan kuman yang melekat di tangan.

2. Sediakan lilin dan juga jarum.

3. Nyalakan lilin dan panaskan hujung jarum dengan api lilin. Ini untuk memastikan jarum benar-benar bersih.

4. Ambil kapas alkohol dan sapu jerawat dengan kapas ini bagi lebih bersih.

5. Kemudian cucuk perlahan-lahan jerawat dengan jarum bersih.

6. Biarkan jerawat keluar dari kulit.

7. Ambil kapas yang bersih dan bersihkan wajah.

8. Ambil ubat jerawat lalu sapukan di bekas jerawat yang sudah dibersihkan.

9. Cuci wajah dan tepuk-tepuk dengan tuala kering. Siap!

Sangat mudah bukan, wanita? Cara ini akan menghilangkan jerawat dari kulit wajah dan anda boleh tampil lebih yakin. Selamat mencuba!

Mohon bantu share jika artikel ini bermanfaat ya.
Sumber: berita-harian

3 MINUMAN INI MUJARAB SEKALI MEMBERSIHKAN HATI ANDA DARI TOKSIN DAN MEMBAKAR LEMAK

Bahawa pemakanan yang tidak seimbang, tekanan dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar meninggalkan akibat yang teruk bagi kt kesihatan. Hati adalah organ yang mungkin telah mengalami organ yang paling, jika tidak bekerja dengan baik, perkara seperti boleh memberi kesan lain yang baik.

toksin

Kami berkhidmat tiga resipi untuk minuman yang akan membersihkan hati anda, menghilangkan lemak berlebihan dan meningkatkan kesihatan anda.
Minuman detox kunyit
Minuman ini detoksifikasi hati, membuang toksin dari usus dan mencegah batu karang.
Campurkan sudu besar kunyit, halia parut sedikit, jus limau satu dan 1/2 cawan air.
Teh hijau dengan limau
Bahan-bahan minuman untuk mempercepatkan penyingkiran bahan-bahan dari badan pada risiko.
Campurkan jus lemon 1/2, 1/2 cawan teh hijau sejuk dan pisang lecek.
Minuman berwarna-warni
Apabila anda minum 2-3 cawan minuman ini setiap hari, fungsi hati akan ditambah dengan cara yang penting dan anda akan berjaya melupuskan toksin dari badan.
Dalam jus, campuran bahan-bahan pertama dicincang timun mempunyai bersaiz sederhana, separuh limau, satu lada, satu epal.
Mudah-mudahan berguna, sila berkongsi
Sumber: tipshidupsehat12345.blogspot.co.id
Sumber: superkiram

PERANGAI MACAM INI KITA KENA BENCI

king.jpg


Banyak cerita panas dalam sehari dua ini. Saya dapat pelbagai maki hamun kerana pandangan saya mengenai keperluan menghentikan mudharat yang dibawa oleh Najib Razak dengan segera.
In Sya Allah saya akan jawab dengan berhemah dan terangkan kepada sahabat-sahabat PAS dan seluruh rakyat Malaysia kenapa menurunkan DS Najib Tun Razak samalah juga dengan menurunkan Umno.
Oleh itu, untuk mengingatkan kita bagaimana besarnya mudharat yang dibawa beliau, jangan lupa baca laporan Wall Street Journal hari ini bahawa sumber penyiasat antarabangsa menyatakan jumlah dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri melebihi USD1 bilion dan sebahagian besarnya datang dari 1MDB.
Perangai macam ini (salahguna dana rakyat) kita kena benci – sama ada dia parti Umno, parti PAS, parti KEADILAN, parti DAP atau parti tupperware pun. Kalau setuju, mohon share!
Sumber: lipanbaraa

AYDA JEBAT NAFI BOLOT TROFI KERANA JADI DUTA PENAJA



Ayda Jebat menjelaskan bahawa dia mengakui terkilan di atas tuduhan segelintir pihak mempertikaikan kemenangannya di Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang berlangsung baru-baru ini adalah kerana statusnya sebagai duta Aura White yang juga penaja program berkenaan.

“Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan. Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya”
“Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain. Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu” ujarnya.
Tambah Ayda, kemenangannya kali ini membuatkan dia mahu terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat selain menyatakan buat ketika ini dia belum bersedia untuk membawakan lagu-lagu berat.
1- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                     2- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                    3- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA

4- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                     5- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                    6- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA

7- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                     8- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA                    9- Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja - ROTIKAYA

Sumber : http://www.rotikaya.com/