Lek Lu

Tuesday, 21 June 2016

KONGSI TIPS : Cara Memicit Jerawat Yang Betul , Supaya Kurang Parut.



Macam biasa, setiap daripada kita mesti tidak suka apabila muka dipenuhi dengan jerawat bukan? Selain menyakitkan, kita juga rimas apabila muka dinaiki jerawat kerana ianya boleh menyebabkan “level confident” seseorang itu turun dan tidak bersemangat.
Namun, kadang kala kemunculan jerawat itu tidak boleh dielakkan sehingga ada yang terpaksa memicit jerawat tersebut. Disini ada cara-cara yang boleh dilakukan hasil perkongsian dari Dr. Mehmet Oz.
Dengan cara yang betul, peratusan untuk mendapat parut akan berkurangan berbanding dengan cara memicit. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan. Bukan itu saja, Dr Oz turut menambah teknik ini tidak menyakitkan kerana kulit yang berjerawat sudah mati.
Secara asasnya, teknik yang ditunjukkan adalah dengan mencucuk jerawat itu dengan jarum dari sisi tepi.

1 - Ambil jarum yang sudah dicuci dengan spirit atau alkohol.


2 - Cucuk jerawat itu pada bahagian yang putih sahaja (yang bernanah) supaya tidak terkena bahagian kulit yang masih sihat.


3 - Tarik jarum itu keatas dan bawah supaya jerawat itu terkoyak.


4 - Keluarkan nanah dari jerawat.


5 - Setelah selesai, tarik keluar jarum itu dan bersihkan nanah-nanah itu dengan dengan kapas serta jangan lupa bersihkan bekas jerawat itu dengan cecair anti-septik supaya bakteria tidak merebak.

No comments:
Write comments