Mimpi dalam tidur adalah sesuatu fonomena yang biasa dialami semua orang ketika tidur. Ia menjadi bahan hiburan dan mainan dalam tidur. Namun apabila sesorang berjalan dalam tidur(sleepwalking) ia sudah menjadi suatu simpton penyakit.
Somnambulism adalah istilah kepada gejala sleepwalking.Ia boleh dialami pada semua peringkat umur, tetapi kebiasaannya ia terjadi pada usia muda. Faktor terbesar yang menyumbang kepada gejala sleepwalking adalah disebab bebanan yang dialami dalam otak manusia.
Tanda- tanda yang biasa dialami manusia yang mengalami gejala tersebut adalah ia akan berjalan dalam keadaan tidur dengan melakukan kerja-kerja rutin dan kebiasaan yang dia lakukan semasa berjaga. Sebagai contoh membuka pintu, hidup matikan suis lampu, mandi, dan sebagainya, dan yang paling bahaya ada yang memandu.
Namun setiap perlakuannya tidak akan disedari ketika perlaku sedar dari tidur.
Penyebab
Sebanyak 15% kanak-kanak sihat pernah mengalami tidur berjalan. dan hanya segelintir orang dewasa saja yang mengalaminya. Beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut
- Kelelahan
- Stress
- Gelisah
- Sakit
Dan adakalanya ia ada hubung kait dengan perubatan atau kesihatan mental.
- Degupan jantung tak normal
- Ganguan pernafasan
- Trauma
- Pengambilan Alkohol atau ubatan tertentu seperti antibiotic,antihistamin, sadative dan pil tidur.
Tetapi sesetengahnya simpton ini diturunkan dari ibu bapa atau saudara kandung. Dan bagi ibu yang mengandung mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mengalaminya.
Bahaya
Namun tidak perlu risau kerana gejala sleepwalking ini tidak la membahayakan si penghidap. Cuma dikhuatiri rutin yang dilakukan itu yang mampu mencederakan diri sendiri mahupun orang sekeliling.
Pecengahan
Dinasihatkan bagi yang menghidapi gejala tersebut digalakan untuk medapatkan pemeriksaan rapi dari doktor, Untuk dapat mengatahui punca sebenar gejala tersebut berlaku. Dan dengan mengatahui punca penghidap boleh melatih diri untuk tidak lagi berjalan dalam tidur mereka.
The post Punca Gejala Berjalan Dalam Tidur appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments