Lek Lu

Tuesday 28 June 2016

Burung Kakak Tua ‘Beri Keterangan’ Di Mahkamah

parrot-631628

Gambar hiasan.

Pelik tapi benar, seekor burung kakak tua akan ‘memberi keterangan’ untuk satu perbicaraan kes pembunuhan tuannya di Amerika Syarikat. 

Bud, 19, akan dijadikan sebagai saksi kejadian sekiranya ia diterima mahkamah.

Burung kakak tu spesis kelabu Afrika, ini dikatakan sering mengulangi ayat ‘jangan tembak’ sejak kematian tuannya, Martin Duram.

Difahamkan, mangsa telah ditembak beberapa kali oleh isterinya, Glenna di rumah mereka di Sand Lake, Michigan. 

Spesis burung yang sama juga pernah menjadi saksi untuk satu kejadian bunuh pemiliknya pada tahun 1993. Namun hakim tidak mahu menerima kata-kata haiwan itu dan tertuduh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sumbr: Sinar Harian

No comments:
Write comments