Lek Lu

Wednesday, 22 June 2016

Aircond Kereta Rosak, Kereta Berwap Masa Hujan. Apa Nak Buat?

r577264_3605905

Gambar hiasan.

Dah lah dekat highway, tiba-tiba aircond pula rosak. Lebih malang lagi bila hujan turun membasahi bumi. Habis cermin kereta berkabus, nak drive pun susah dan berbahaya. Kalau nak tunggu sampai hujan reda, memang taklah kan!

Jangan risau, terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan bagi mengatasi masalah cermin berkabus atau berwap ini:

1. Ambil ubat gigi dan sapukan sama rata pada bahagian cermin kereta belah dalam. Ini akan membantu mencegah pemeluwapan di cermin kereta anda. 

2. Anda juga boleh menggunakan krim pencukur mahupun sabun buku sekiranya tiada ubat gigi. 

3. Selain itu, ubi ketang juga boleh membantu cermin kereta anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menghilangkan kabus pada visor helmet.

Ikuti langkah-langkah berikut:

kentang-Step-1

Langkah 1 – Belah kentang kepada dua bahagian. Pastikan anda bersihkan dulu kentang tersebut.

kentang-Step-2

Langkah 2 – Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta belah dalam. 

kentang-Step-3

Langkah 3 – Gunakan separuh lagi bahagian kentang jika diperlukan.

kentang-Step-4

Langkah 4 – Biarkan cermin tu kering tanpa menyentuhnya. Sekiranya terdapat saki baki kentang pada cermin, lap cermin tu dengan tisu kering.

Selamat mencuba!

Sumber: careta.my

No comments:
Write comments