Vokalis kumpulan Spring, Ameng yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada 14 Jun lalu baru sahaja berkesempatan untuk bertemu dengan dua orang anak perempuannya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Az Aleesa, 20, dan Wan Azevanatassha, 15.
Wan Az Aleesa berkata, dia dan adiknya ingin menebus kembali waktu yang terbuang sebelum ini selain mengenali lebih rapat bapa mereka.

"Selepas mama dan papa bercerai kami jarang bertemu dengannya dan apabila papa dimasukkan ke penjara saya mula tersedar bahawa kami jarang menghabiskan masa dengannya.
"Jadi sekarang adalah masa untuk saya, adik dan papa menebus kembali masa yang telah terbuang sebelum ini malah mama juga tidak pernah menghalang kami bertemu dengannya.

"Mama sentiasa ingatkan kami malah tidak pernah memutuskan hubungan kami dengan keluarga ayah dan sering melawat nenek di kampung.
"Alhamdulillah papa pun beritahu ada merancang untuk mencari rumah yang dekat dengan kediaman kami supaya senang kami datang," katanya kepada mStar Online.
Wan Az Aleesa ditemui ketika hadir pada sidang media #Konsert 3 Suara yang menampilkan Ameng, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani di Bangunan Umno Selangor di sini, Jumaat lalu.
Ia juga merupakan pertemuan kali pertama mereka bersama #Ameng sejak penyanyi itu dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas lima tahun ditahan akibat penyalahgunaan dadah.
"Papa menjemput kami hadir pada sidang media itu dan papa terkejut melihat kami berdua kerana tidak menyangka kami sudah besar panjang.
"Sebelum ini pernah beberapa kali cuba jumpa papa di penjara tetapi selalu ada halangan seperti papa tiada di penjara kerana ada aktiviti penjara namun sepanjang tempoh itu setiap hari Sabtu papa akan telefon bertanya khabar," katanya.
Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha adalah anak Ameng hasil perkongsian hidup bersama penerbit drama, Datuk A. Aida yang berkahwin pada 1995 namun pasangan itu berpisah pada 2003.
Dalam pada itu, Wan Az Aleesa berkata, dia tidak pernah menyimpan dendam atau perasaan marah terhadap Ameng dan menganggap kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai sejarah.
"Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan," ujarnya.

"Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.
"Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu kesalahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.
"Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan," ujarnya.
Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sabariah Zakaria, 46, iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 9 tahun.
No comments:
Write comments