Lek Lu

Wednesday 8 June 2016

Sebab Pantun, Pilot ‘Jangan Kata Kapten Tak Payung’ Jadi Famous

09kapten_1465368339

Satu rakaman suara seorang juruterbang pesawat AirAsia yang berpantun sebelum memulakan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur telah menjadi viral selepas salah seorang penumpang AK700, Izwah Ibrahim memuat naik klip audio itu di Facebooknya. 

Pantun yang diselitkan semasa membuat pengumuman kedengaran begitu menghiburkan;

“Perut lapar mecari nasi,

Jangan dilupa sambal terung,

Maklumat penerbangan saya dah kongsi

Jangan cakap abang tak payung”

“Idea berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu ‘jangan kau kata kapten tak payung’ dan ‘mi dalam cawan’ menjadi viral sejak tiga hari lalu.

“Saya anggap penumpang itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur,” kata juruterbang AirAsia, Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin kepada Harian Metro.

Katanya lagi, dia menggunakan pendekatan yang berbeza kerana mahu penumpang berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa hargai walapun menaiki pernerbangan tambag murah.

Sumber: Hmetro

No comments:
Write comments