Lek Lu

Wednesday 8 June 2016

Guna Kidmat SWAT, Bendung Gejala Meniru Dalam Peperiksaan

LYNXNPEC571AQ

Di China, buat pertama kalinya pihak berkuasa telah menggunakan khidmat SWAT bagi membendung gejala meniru dalam peperiksaan di negara itu.

Pelajar yang didapati meniru boleh dikenakan hukuman penjara maksima tujuh tahun.

Gaokao merupakan peperiksaan penting di China yang bakal menentukan major yang akan dipilih oleh pelajar dan mana-mana pelajar yang cemerlang peperiksaan itu boleh dikatakan mempunyai masa depan yang cerah.

Difahamkan, kerajaan China kini mengawal ketat peperiksaan supaya pelajar tidak membawa sebarang alatan canggih untuk meniru.

Satu sindiket menipu pelajar dengan cara menjual kertas soalan peperiksaan palsu juga turut dikesan di sana.

Xiong Bingqi, pakar di 21st Century Education Research Institute memberitahu Ruter China, mereka akan mengawal aktiviti meniru dan sindiket peperiksaan itu.

“Meniru dalam peperiksaan gaokao boleh menjatuhkan kewibawaan peperiksaan itu, dan boleh memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan

“Kerajaan akan terus mengambil langkah serius untuk membendungnya”, katanya.

450209718

Sumber: Siakap Keli

No comments:
Write comments