Lek Lu

Wednesday 8 June 2016

[Video] Solat Tarawih Dan Witir Kilat, Selesai 23 Rakaat Dalam 7 Minit

salat-tarawih-kilat-20-rakaat-selesai-15-menit-ea83

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Cari Infonet.

Solat Sunat Tarawih memang sinonim apabila tibanya bulan Ramadhan yang ditunaikan selepas solat Isyak. Seperti yang diketahui, antara rukun solat adalah tuma’ninah iaitu berhenti seketika dari satu pergerakkan ke pergerakkan yang lain.

140847y2qb3lj05dmljnlj

Tetapi lain pula rutin solat Tarawih dan Witir di sebuah masjid yang terletak di Indonesia. Rakaman video berdurasi hampir 3 minit yang memaparkan solat Tarawih terpantas menjadi viral dan mendapat perhatian netizen.

Solat Tarawih dan Witir “Kilat” dapat diselesaikan dalam masa 7 minit sahaja dan amalan ini telah dipratikkan berabad lamanya di Pondok Pesantren, Blitar, Jawa Timur. – MetroTV Indonesia

Disebabkan perkara tersebut, para penduduk di sekitar dan luar kawasan tertarik untuk mengerjakan solat Tarawih di masjid itu.

Bagaimana. video itu menjadi pendepatan netizen dan ahli agama tentang hukum mengerjakan solat sepantas kilat itu.

No comments:
Write comments