Lek Lu

Tuesday 7 June 2016

[Video] ‘Penghawa Dingin’ Mesra Alam Ini Tidak Memerlukan Tenaga Elektrik

Screen Shot 2016-06-07 at 3.16.24 PM

Suhu di Bangladesh boleh mencecah sehingga 45°C terutama sekali ketika musim kemarau. Kesian kat orang miskin yang tinggal di dalam pondok yang berdindingkan zink, dah lah tak mampu untuk membeli pengawa dingin mudah alih, kalau mereka mampu sekali pun bukan semua kawasan di sana mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Ashis Paul, seorang penyelia di sebuah syarikat pengiklanan mendapat idea selepas terdengar satu teori fizik yang dipelajari anaknya. Paul cuba menggunakan teori tersebut pada botol plastik dan mendapati ia berfungsi.

Dengan itu terhasil lah ‘penghawa dingin’ mesra alam yang tidak memerlukan tenaga elektrik. Meh tonton video ini:

 

Sumber: Youtube

No comments:
Write comments