Lek Lu

Friday 10 June 2016

[Video] Iklan Siberturahim Ini Buat Kami Rindu Ahli Keluarga

Screen Shot 2016-06-11 at 11.52.00 AM

Boleh tahan sebak jugalah bila tengok video siberturahim ni. Yelah, perbualan bersama family menerusi group whatsapp memang dah jadi satu kemestian. Sekarang rata-rata ramai mempunyai group Whatsapp keluarga sendiri, sebab itulah kami rasa iklan dari #samsungramadhan ni dekat sangat di hati.

Part Papa add Angah dalam group tu dah buat kami rasa sebak. Bila Angah tanya Along mana, mula dah bergenang air mata kami. Bila Papa add Along balik dalam group dan Along minta maaf pada Angah, terus berjurai air mata ni. Meh tengok video ini:

 

Air dicencang tiada putus, itulah mesej yang cuba disampaikan menerusi iklan ‘potong bawang’ dari Samsung ini.

Walau masa merubah cara. Kasih keluarga tetap utama.

No comments:
Write comments