Sumber: Shanghaiist Oleh: Aimi Nordin
Ramai orang nak hidup senang dan mewah tapi tak ramai yang bahagia selepas mengecapi kekayaan. Sama juga seperti wanita ini yang langsung tak bahagia walaupun dilimpahi kekayaan oleh suaminya.
Xiao wanita miskin yang berkahwin dengan seorang lelaki kaya. Biasalah kalau dah biasa hidup susah tiba-tiba nak biasakan diri hidup senang dengan macam-macam etika lagi. Tak semua orang mampu buat. Xiao terasa sukar untuk mengikut ‘standard’ yang diletakkan untuk menjadi menantu yang sempurna.
Terpengaruh dengan satu filem online yang mana jalan ceritanya lebih kurang sama dengan kisahnya, Xiao mengambil keputusan membakar semua handbag berjenama mewah di hadapan suaminya sebagai tanda meminta cerai.
No comments:
Write comments