Lek Lu

Thursday 9 June 2016

Putus 3 Jari Di Bulan Ramadan

Oleh Ezaura Rafe

Akibat main mercun di Kampung Saying lembah, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun putus jari, manakala tangan kanananya terbelah. Kejadian berlaku pada 6.30 petang, Adam haikal (11 tahun)  tidak sempat untuk membaling mercun yang sudah dinyalakan, dan telah meletup di tangannya. Sebelum kejadian berlaku Adam Haikal sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum seorang rakan mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

untitled_1-1

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat. “Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya.

Ibu bapa dinasihatkan untuk lebih memantau anak-anak untuk elakkan kejadian sebegini berlaku lagi..

No comments:
Write comments