Lek Lu

Monday 6 June 2016

Lelaki Ini Pegang Kad Manila Di Bazaar Ramadan Untuk Ingatkan Orang Ramai Jangan Membazir

13346406_10154207885753374_2771850907613334305_n

Nak buat baik bukan masa Ramadan je, itu betul! Tapi sebaiknya masa bulan Ramadan ni lah anda perlu buat lebih banyak kebaikan seperti bantu orang yang dalam kesusahan dan  memberi sedekah tak kira sama ada duit mahupun makanan kerana semua orang tahu bahawa betapa besarnya fadilat bersedekah dalam bulan Ramadan ini. 

Semalam, Syed Azmi ada memuat naik satu status Facebook memberitahu yang kawannya, Azmin Ishak kini sedang menjalankan satu kempen bagi memastikan orang ramai untuk tidak membazir sepanjang bulan Ramadan ini. Kami rasa terpanggil untuk share benda baik ini dengan yang lain.

Screen Shot 2016-06-07 at 10.27.19 AM

Ingatlah bahawa Ramadan adalah bulan untuk beribadat bukan untuk melayan nafsu. Jadi jom kita sama-sama elakkan pembaziran dan perbanyakkan sedekah.

Sumber: Facebook Azmin Ishak

No comments:
Write comments