Lek Lu

Tuesday 7 June 2016

Kucing Terkulai Akibat Terkurung 11 Hari Dalam Kereta

101749epjkcon2z74vinr4

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Mirror.co.uk

Seekor kucing bernama Willow dijumpai oleh kakitangan lapangan terbang GMP Manchester dalam keadaan terkulai kerana 11 hari terkurung dalam sebuah kereta yang di parkir di lapangan terbang.

manchester-airport

Kucing tersebut dilaporkan telah mengalami hidrasi kerana terkurung di dalam kereta tanpa sumber makanan dan air lebih dari seminggu.

Willow dihantar ke Veterina di Cheadle untuk mendapatkan rawatan sejurus ditemui dalam keadaan lemah.

Kejadian ini berlaku kerana kucing tersebut dikatakan menyelinap masuk dalam sebuah kereta di Chorley ketika pemilik sedang memindahkan barang.

No comments:
Write comments