Lek Lu

Monday, 20 June 2016

"SEMUA KERJA RUMAH SUAMI BUAT, KERJA ISTERI HANYA MENGANGKANG SAJALAH ?"


Status Facebook Misnan Ahmad pada 9 Jun berkenaan 'kenapa suami tak pernah terfikir 'bayar upah' pada isteri' yang viral di Facebook, menerima 4.8K likes dan 9.021 shares. Rata-rata bersetuju dengan pandangannya itu akan tetapi, tampil seorang lelaki bernama Syafiq Iqbal mempertikaikan kenyataan itu.



"Eh, duit belanja siapa bagi? Dah memang tugas suri rumah, buat apa nak mengungkit? Tugas memasak itu tanggungjawab suami? Mengemas rumah, menyidai kain, tanggungjawab suami? Apa pula tanggungjawab isteri? Beranak saja ke? Melayan suami macam mana, telanjang bulat atas ranjang saja sudah cukup?

"Kalaulah suami tanggungjawabnya memasak, mencuci pinggan mangkuk, mencuci pakaian, mengemas rumah, rasanya bila pula dia nak mencari nafkah? Buka al-Quran, ayat mana yang suruh suami cuci baju, masak semua tu wahai perempuan-perempuan jahil yang termakan kata-kata ustaz-ustaz celup di TV dan YouTube itu?

"Minta simpanglah aku dapat bini yang kata memasak, mencuci pinggan, cuci baju itu semua tugas suami. Dah tu, bila masa aku nak pergi kerja, bahlol? Inilah ajaran songsang ustaz-ustaz YouTube yang feminis mengajar hadith-hadith konon-kononnya Nabi Muhammad dulu memasak, cuci baju, kemas rumah. Nabi Muhammad kerja polis ke? Bomba ke? Pegawai Perubatan ke apa? Berperang pun sekali sekala saja, choi! Nabi tu baik sangat ke? Isteri pun berbelas, opppss!


"Aku nak tanya, zaman Rasulullah, perempuan tergedik-gedik keluar bekerja tak? Ikut Islam konon, nak muntah aku. Kalau ikut Islam, berhenti kerja dan jaga batasan pergaulan.


"Aku baru 25 tahun, masih muda dan belum kahwin lagi. Tetapi aku berharap Allah tak bagi aku bini pemalas macam hampa ini semua yang jenis nak mengangkang sahaja. Itulah kena buat tapisan betul-betul. Kang wang hantaran RM15,000, dapat bini pemalas dan kata takkan dapat dosa kalau tak nak buat kerja rumah. Kalau dapat bini pemalas, mestilah salah didikan mak ayahnya,," katanya.







Screenshot perbualan dirinya dengan netizen yang lain turut dimuat naik di laman Facebooknya, mendapat 3,880 shares yang dipercayai dimuat naik dengan harapan agar netizen yang lain menyokong pendapatnya. Malangnya, tidak seperti yang dijangkakan apabila dia menjadi bahan gelak ketawa netizen yang rata-rata meminta golongan wanita menjauhi lelaki seperti ini.

"Serius nak gelak mamat ini punya viral. Buat viral yang beri malu sendiri sahaja. Siapa yang jadi isteri dia memang akan menjadi hamba abdi seumur hidup," kata Nurul Huda.

"Mohon dijauhkanlah suami seperti ini. Jika segala-galanya nak isteri yang buat, baik kahwin dengan bibik sajalah. Bibik pun dibayar untuk buat semua itu. Dapat suami seperti lelaki ini, kakikan saja," kata Nurul Suhaila Azman. -

No comments:
Write comments