Lek Lu

Tuesday 7 June 2016

BERHENTI BERBALAH, 8 ATAU 20 RAKAAT, DUA-DUA BOLEH - DR MAZA


KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam berhenti berbalah mengenai bilangan afdal rakaat solat tarawih kerana ia merupakan isu percanggahan ulama.

"Sama ada tarawih didirikan sebanyak 8 atau 20 rakaat, kedua-duanya boleh dilakukan. Solat tarawih 20 atau 8 rakaat adalah persoalan khilaf dalam kalangan sarjana Islam.

"Sikap yang sederhana tidak akan menyatakan mana-mana pihak tertolak solatnya hanya kerana 8 atau 20 rakaat," katanya dalam Facebook rasminya.

Jelas Asri, sama ada 8 atau 20 rakaat, ia tidak harus dipersoalkan kerana ia dilakukan berdasarkan kemampuan individu tertentu.

"Walaupun Rasulullah mendirikan solat tarawih 8 rakaat termasuk 3 rakaat witir, namun tiada halangan bagi mereka yang mahu mendirikan tarawih 20 rakaat.

"Orang yang solat tarawih 8 rakaat bukan semestinya dia berpegang dengan fahaman tertentu. Tetapi mungkin kerana sibuk, keletihan dan seumpamanya. Janganlah kita menolak pahala solat tarawih orang lain atas sikap fanatik dan ekstremisme kita.

"Di Perlis, secara rasmi solat tarawih 8 rakaat dan 3 witir. Pun begitu tidak pernah kita menyatakan salahnya solat tarawih 20 rakaat itu," katanya.

No comments:
Write comments