Apabila makam Tutankhamun(Tut) ditemui hampir 100 tahun lepas di Mesir, para pengkaji teruja apabila menemui beberapa barang yang ditempatkan bersama mumia itu dan antaranya adalah belati milik firaun itu.
Satu penemuan terbaharu mendapati, belati milik Tut itu diperbuat dari logam meteor.
Sekumpulan pengkaji, termasuk pakar dari Muzium Mesir di Cairo telah membuat analisis terhadap senjata tajam itu, yang ditemui pada 1922.
Pasukan yang menemui belati itu menyifatkan belati itu sebagai belati yang 'disaluti emas beserta tombol kristal'.
Namun dengan kecanggihan teknologi pengimbasan terkini, mendapati belati itu diperbuat dari meteor dan bukannya dari besi-besi biasa. Imbasan itu dibuat menggunakan teknologi X-ray.
Hasil imbasan itu mendapati bilah belati itu diperbuat dari 11% nikel bersama dengan kesan kobalt dan fosforus, menandakan ia bukannya dibuat dengan logam dari bumi.
"Logam meteor boleh dikesan apabila ada kehadiran peratusan tinggi nikel", kata pakar, Daniela Comelli dari Physics of Milan Polytechnic.
Logam yang digunakan untuk membuat bilah itu datang dari meteor yang dikenali sebagai Kharga, yang ditemui(semula) pada 2000 di Maras Matruh, Mesir, 240 km dari Alexandria.
Ketika ditemui, belati yang ditemui bersama tuannya itu hanya berkarat sedikit sahaja dan ukiran seninya masih lagi terpelihara. -
No comments:
Write comments