Lek Lu

Thursday 9 June 2016

Bangkai Cicak Ditemui Dalam Bungkusan Air Minuman Yang Dibeli

bangkai-1

Selepas kes ulat bangkai ditemui dalam juadah berbuka, kali ini heboh pula tentang penemuan cicak dalam sebungkus air minuman yang dibeli di sebuah bazaar ramadan.

Nasib baik  pelanggan tersebut menyedari minuman yang dia dibeli terdapat bangkai cicak di dalamnya sebelum meminumnya.

Menurut mynewshub, insiden ini menjadi viral tidak lama selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi memantau kebersihan premis jualan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Sebanyak 770 sample makanan dari 14 bazaar Ramadan di sekitar ibu kota telah diambil dalam operasi tersebut.

No comments:
Write comments