Lek Lu

Wednesday 8 June 2016

AHLI PARLIMEN KANADA INI DIPUJI NETIZEN KERANA TURUT BERPUASA



Ahli Parlimen Kanada ini dipuji umat Islam seluruh dunia kerana ucapannya di sidang parlimen baru-baru ini yang wajar dijadikan sebagai contoh oleh mana-mana pemimpin di seluruh dunia.

Berikut ucapan Ahli Parlimen Mark Holland yang telah dimuat naik dan mendapat puluhan ribu perkongsian di laman sosial itu:

"Tuan Speaker, minggu depan beratus ribu warga Kanada yang beragama Islam akan menyambut bulan ramadhan termasuk umat Islam di seluruh dunia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada mereka yang menyambutnya, ramadhan al-mubarak.

"Tahun lalu saya berpeluang untuk berpuasa di sepanjang bulan ramadhan dan ianya sesuatu yang saya akan lakukan lagi bagi menyatakan sokongan terhadap kegiatan amal, 'Give 30'. Iaitu dengan menggunakan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk makan di bulan puasa, diberikan kepada golongan yang memerlukannya.

"Bila saya berpuasa, ia adalah satu pengalaman yang luar biasa di mana saya melalui bagaimana rasanya lapar (untuk tempoh yang lama). Dan sudah tentu saya rasa lega bila tiba di penghujung waktu berbuka. Malangnya tidak bagi sesetengah kanak-kanak sama ada di Kanada atau seluruh dunia.

"Mereka perlu melalui hari-hari yang sukar, belajar menghadapinya dan menyiapkan diri mereka untuk menghadapi masa hadapan tanpa makanan yang mencukupi.




"Kegiatan amal 'Give 30' ini memberikan peluang dan membantu golongan terbabit sempena bulan ramadhan ini. Terima kasih," katanya yang menerima tepukan gemuruh dari ahli parlimen yang lain. 

No comments:
Write comments