Lek Lu

Sunday 5 June 2016

7 Cara Untuk ‘Bertahan’ Dalam Kegawatan Ekonomi Sekarang!

Bukan senang nak hidup sekarang ni. Syarikat Oil & Gas nak buang orang. Nak beli kereta loan pun susah nak lepas.

Belanja sekolah makin naik. Sekarang semua harga barang naik kecuali gaji kita, tak naik-naik pun.

Yang belum kahwin tetap nak langsungkan perkahwinan walaupun dalam serba kekurangan.

Rasa tertekan bila fikir macam mana nak bertahan dengan gaji yang ada dalam kegawatan ekonomi sekarang.

Anda boleh cuba 7 cara ini. Jangan la hidup dalam keadaan biar papa asal bergaya.

1. Jangan tukar kerja waktu sekarang

careerchange

Dalam kegawatan ekonomi ni, jangan la sesekali tukar kerja. Orang lain punya payah nak dapat kerja, anda senang-senang nak berhenti.

2. Pakai je kereta lama

car

Bukan senang nak lepas loan kereta sekarang. Kalau kereta tu elok lagi, apa kata anda pakai je. Kalau teringin sangat nak pakai kereta mewah, tampal logo pun jadi la. Hehe..

3. Jangan nak meminjam lagi

loan

Kalau rasa nak buat pinjaman lagi, pastikan hutang lama tu langsai. Kalau tak memang tertekan hidup.

4. Jangan guna duit kecemasan sesuka hati

emergencyfund

Dah nama pun duit kecemasan, jadi gunakan bila perlu dan terdesak je. Jangan la teringin sangat nak pakai iPhone 6 Plus sampai guna duit simpanan tu.

5. Jangan lupa beri sedekah

sadaqah

Tak kisah la berapa ringgit pun kita nak sedekah, yang penting adalah niat. Walaupun hidup susah, ringankan tangan untuk bersedekah. Rezeki tu lebih berkat!

6. Jangan tengok katalog Ikea

IKEA-Catalogue

Siapa yang tak sukakan perabot dan barangan Ikea? Rasa nak beli semua je. Kurangkan tengok katalog Ikea, buat geram je nak beli.

7. Jangan malas membaca

Purchase this image at http://www.stocksy.com/49615

Dengan membaca, ada banyak idea untuk tambah pendapatan sampingan lain.

Selamat Mencuba..

Sumber

The post 7 Cara Untuk ‘Bertahan’ Dalam Kegawatan Ekonomi Sekarang! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments