TUAH ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu. Itulah nasib atau rezeki buat seorang peniaga kecil-kecilan.
Begitu juga dengan resipi ikan Tenggiri Jeruk ini yang dikongsikan oleh Puan Yus Aisya di group masakan terkenal di group FB telah menerima lebih kurang 30 ribu perkongsian (share) dalam masa beberapa hari sahaja. Terbukti bahawa resipi ikan Tenggiri ini telah menarik ramai orang terutama suri rumah untuk mencubanya kerana cara masaknya yang mudah dan menjimatkan masa. Berikut dikongsikan resipi Ikan Tenggiri Jeruk oleh Puan Yuss Aisya.
RESEPI SPECIAL IKAN TENGGIRI
Bersihkan Tenggiri segar.
Perap dengan :
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus seperti mancis
*Lengkuas hiris halus seperti mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Perap dengan :
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus seperti mancis
*Lengkuas hiris halus seperti mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yang secukupnya untuk awet ikan supaya tidak busuk & tahan lama dengan izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.
Mengapa daun sage?
Daun sage ada aroma yang sangat strong dan ada khasiat tersendiri – bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum.
Boleh beli di pasaraya terpilih.
Daun sage ada aroma yang sangat strong dan ada khasiat tersendiri – bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum.
Boleh beli di pasaraya terpilih.
Goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.
Ini yang Puan Yuss Aisya jual. Pack dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran jika ada yang order pos. Biasanya untuk ikan bergantung pada stok yang beliau dapat sebab ada musim ikan. Kalau ada baru boleh ambil order.
Resipi oleh Puan Yuss Aisya.
No comments:
Write comments