
SETELAH16 hari melafazkan syahadah, Harinder Singh Pal berkongsi kisah perjalanan awal dalam kehidupannya sebagai muslim.

Delbert Latham dan anaknya yang berusia 6 tahun sedang menaiki rollercoaster di Wonderland Amusement Park ketika insiden tali pinggang keselamatan Kayson tertanggal semasa pusingan kedua roller-coaster tersebut.
Ketika kejadian, Latham sedang merakam video mereka berdua menaiki roller-costear untuk ditunjukkan kepada isterinya.
Menerusi rakaman video tersebut, Latham dengan pantas menarik anaknya yang hampir tercampak ke bahagian bawah sit mereka lalu memegangnya erat sehingga taman pusingan roller-coaster tersebut.
Video ini menjadi viral selepas ia dikongsikan di Facebooknya pada 23 April yang lalu.
Sumber: mynewshub.cc
Dalam keadaan mata ditutup, disuruh pula korek kotak untuk meneka apa yang terdapat di dalam kotak tersebut memanglah kita jadi panik dan takut.
Orang lain yang tengok reaksi kita mesti gelak berdekah-dekah, terhiburlah katakan.
Tapi seriously memang kelakar pun. Macam video kat bawah ni, reaksi lelaki ni buat kami pecah perut tau. Jom tengok!
Sumber:Big Boy TV
Pizza Hut Hong Kong telah mengeluarkan satu design kotak yang boleh ditukar menjadi projektor mini. Menarik eh?
Dengan adanya projektor mini ini kita boleh memainkan filem dan video hanya melalui smartphone pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Tak perlulah susah payah DIY kotak projektor sendiri kan? Meh tengok video ni.
Baca: Cara Mudah Dan Murah Membuat Projektor Untuk Smartphone Anda
Sumber: Viramon
Di China memang banyak kes-kes pelik ni dan yang terbaru, lelaki curi kasut perempuan sebab suka bau pada kasut tersebut.
Lelaki ini mencuri kasut serta pakaian dalam pekerja wanita di syarikat berdekatan dengan tempat tinggalnya.
Dek kerana ramai yang membuat aduan, pihak syarikat telah memasang cctv, namun pencuri itu masih lagi gagal dikesan sehingga memaksa mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis.
Beberapa hari kemudian, polis berjaya menahan lelaki tersebut dan mereka telah menemui 160 pasang kasut wanita di balkoni, bawah katil serta di dalam almari.
Yang peliknya, lelaki ini hanya mencuri kasut pekerja-pekerja wanita yang terdapat di kaki lima.
Katanya bau yang terdapat pada kasut tersebut membuatkannya rasa gembira.
Menurut pihak polis, apa yang lelaki ini lakukan bukanlah satu ancaman serius terhadap orang ramai namun mereka menggesa agar masyarakat membuat laporan polis dengan kadar segera jika terjumpa orang yang jenis begini.
Sumber: shainghaiist.com
Di Chengdu, China, pelajar yang tiba lewat ke kelas akan didenda melukis emoji sebanyak 1000 kali.
Kaedah yang diperkenalkan oleh seorang profesor di universiti tempatan ini adalah bagi mengelakkan daripada profesor dan guru menggunakan kekerasan menghukum pelajar.
Kaedah ini kemudiannya menjadi viral di media sosial di China dan ramai yang beranggapan kaedah ini tidak masuk akal, namun keberkesan kaedah ini terbukti apabila jumlah pelajar yang tiba lewat ke kelas semakin berkurangan.