Lek Lu

Wednesday, 30 March 2016

ANAK NYARIS DICULIK DI IKEA CHERAS ?


Kejadian ini di IKEA Cheras. Troli saya didekati dan diikuti oleh mereka yang saya kaburkan wajah itu. Mereka siap pegang troli. Anak menjerit panggil ayahnya, saya beralih tempat pun mereka mahu ikut. Kepada ibu bapa semua, berhati-hatilah.

Saya pergi ke IKEA ini untuk membeli barang keperluan, kami sekeluarga datang dan kemudian anaknya diletakkan dalam troli.

Selesai membuat pembayaran, kami berhenti minum di tempat minum air berhadapan dengan kaunter pembayaran. Sementara itu suami melayan anak yang seorang lagi membeli aiskrim.

Troli kami didekati oleh tiga individu dalam gambar. Mereka memegang troli itu dan pada masa yang sama anak saya menjerit memanggil ayahnya. Tersedar dan melihat sendiri perbuatan mereka itu, lalu saya membawa troli ke tempat lain dan sempat merakam gambar individu-individu terbabit. Walaupun sudah berganjak ke tempat lain, mereka masih lagi mengekori kami!

Mungkin mereka nak ambil beg yang dipegang oleh anak saya. Selepas kejadian itu, kami terus pulang. Tak sangka pula ada orang yang memerhatikan kami.







Saya terpaksa kaburkan wajah mereka kerana tiada bukti mereka mahu menculik budak walaupun tindak tanduk mereka amat mencurigakan.

Ada terfikir nak melaporkan perkara itu kepada pihak IKEA tetapi tidak jadi sebab tiada barang yang hilang. Bimbang pihak IKEA tahan orang itu pula. Kalau ditahan, nak ditahan atas sebab apa?

Saya hanya ingin memberikan peringatan kepada semua ibubapa agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada tidak kiralah di mana anda berada. Tidak semestinya anda datang ke IKEA sahaja.

Bayangkan kalau lelaki dan perempuan dalam gambar ini melarikan anak saya, kemudian anak menjerit dan menangis. Anda ingat orang akan tahan ke perempuan yang mendukung anak saya itu dan bertanya

"Kenapa anak puan menangis?"

Sudah tentu 100% anda tidak akan berbuat demikian.

Selain itu, apakah anda selesa diekori oleh orang yang tidak dikenali sepanjang masa? Kalau nak bersangka baik pun kena tengok pada tempatnya. Norlela Abd Hamid
 

NGERI, WANITA MENGANDUNG ANAK KEMBAR MAUT LEHER TERSEPIT DI PAGAR


Xi’an (CHINA) – Seorang wanita yang mengandung anak kembar maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya tersangkut pada pagar di sebatang jalan di bandar ini.

Wanita tempatan yang tidak dinamakan itu dilaporkan meninggal dunia akibat tercekik selepas lehernya tersepit pada celah pagar berkenaan.

Kejadian pada Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang hamil tujuh bulan tiba-tiba pengsan ketika berjalan di lokasi berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu, wanita itu dilihat cuba memegang pagar itu, tetapi dia terjatuh menyebabkan lehernya tersepit.

Orang ramai yang berada di laluan yang sibuk itu cuba membantu, tetapi leher mangsa yang berusia 30-an tersepit dengan kuat.

Satu rakaman video menunjukkan beberapa lelaki cuba mematahkan pagar berkenaan, namun gagal.

Apabila pasukan penyelamat tiba, wanita itu disahkan meninggal dunia.

Lebih menyedihkan lagi, bayi kembar dalam kandungan wanita itu juga gagal diselamatkan. – Agensi

SITI NURHALIZA JUAL BAJU 'PRELOVED' MILIKNYA SERENDAH RM100

Antara pakaian yang dijual Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram khas.

BAGI yang ingin bergaya persis penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, barangkali ini adalah peluang yang terbaik.


Ini kerana penyanyi kelahiran Pahang itu mengambil keputusan menjual lebih 50 helai pakaian miliknya yang pernah digayakan pada majlis-majlis hiburan.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, dia menjual pakaian tersebut secara berperingkat sejak dua minggu lalu menerusi akaun Instagram khas iaitu @prelovedctdk11.



Jelasnya, penjualan pakaian ‘preloved‘ miliknya itu dibuat kerana mahu menyusun semula bilik persalinannya dengan koleksi pakaian terbaharu.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat.

“Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” ujarnya kepada mStar Online.



Selain itu, Siti memberitahu, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu.

Pakaian tersebut dijual dengan harga paling berpatutan serendah RM100.

Antara jenama pakaian yang dijual ialah daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Bernard Chandran. – SUMBER

"HAJAT KAMI NAK BAWA DIA MASUK GUA HIRAQ"


AKTOR Zahiril Adzim dan isterinya Shera Aiyob baru-baru ini membawa anak mereka, Nadi Anaqi menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan bagi Zahiril, ia merupakan pengalaman yang mencabar buat mereka.

“Ia merupakan satu cabaran untuk saya dan isteri ketika membawa Anaqi ke tanah suci. Ada waktu saya kena dukung Anaqi terutama sewaktu melakukan ibadah tawaf.

“Waktu melakukan Saie, Anaqi juga sudah tidur, dan saya bersama Shera bergilir-gilir mendukungnya.

“Gua Hiraq yang sangat tinggi itu pun kami panjat membawa Anaqi, nak sampai ke atas sambil mendukung dia memang mencabar”

“Itu merupakan hajat kami nak bawa dia masuk ke dalam gua tersebut. Alhamdulillah dapat juga kami bertiga duduk sebentar di dalam gua Hiraq”.

Zahiril juga berkongsi pengalaman dimana semasa membawa Anaqi menziarah makan Rasulullah SAW yang terletak di Madinah, Anaqi yang aktif terus sahaja menjadi senyap.

Malah dia lena di bahunya selepas menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW. – SUMBER

SAMBUNG BAYAR TAHUN 95 BAKI 5K, PENGANTIN RM15K KINI FOR SALE DI MUDAH.MY


Kejadian yang melibatkan pergaduhan antara kedua keluarga pengantin lelaki dan perempuan masih lagi hangat diperkatakan. Kejadian yang belaku di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam itu mendapat perhatian ramai dan viral di media sosial.

Sebelum ini, tersebar video pergaduhan antara dua belah keluarga pengantin yang berlaku di perkarangan Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam.

Kemudian, wakil dari pihak perempuan tampil memberikan penjelasan kenapa dan mengapa pergaduhan itu boleh berlaku.

Terbaharu, wajah pengantin perempuan yang sedang hangat diperkatakan muncul di iklan Mudah.my. Berikut merupakan gambar iklan yang tersebar.






Selain itu, tersebar juga gambar parodi pengantin lelaki yang ditumbuk di masjid akibat duit hantaran tak cukup.







Lagi mencuit hati apabila ada juga yang mengaitkan kejadian pengantin ditumbuk kerana wang hantaran tidak cukup dengan iklan TriVaGo.

15 ribu? Mengapa bayar lebih? wanita?, fungsi yang sama?. Tetapi, dua harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari isteri ideal anda di trivago. Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web. Anda boleh mencari isteri baru ideal anda dengan harga terbaik. Isteri? TriVaGo!

Selepas tersebarnya wajah pengantin perempuan, wajah pengantin lelaki pula tersebar.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah pendedahan dari pihak perempuan yang pengantin lelaki tersebut sebenarnya tiada pekerjaan dan kaki pukul.

Apa-apapun, semoga kedua belah pihak mendapat kata sepakat dan menyelesaikan masalah ini dengan aman.

"MARI! MARI! BELI AISKRIM RAYYAN, 2 BATANG RM1 SAJA...."


Nama Mohd Rayyan Nawfal bin Mohd Khairidz. Umur 4 tahun 11 bulan. Ceritanya, anak ini mempunyai semangat dan minat dalam perniagaan. Apa sahaja yang mama masak dan buat, spontan mulutnya akan berkata,

"Mama, ini boleh jual ni,".

Setelah menyertai group Masak Apa Hari Ni (MAHN), maka mama pun merealisasikan impian abang yang minta dan mahu berniaga.

Hasilnya hari pertama, 30 batang dan hari kedua, 50 batang licin. Rezeki dia, Alhamdulillah. Dia gembira dapat jual dan dapat hasilnya. 1 jam sehari selepas balik dari sekolah, dia akan mula berjual.

Mama dan papa bangga dengan kamu sayang. Dia memang berdikari walaupun usianya masih kecil. Tetapi anak ini sangat berminat dengan perniagaan dan sangat membanggakan apabila dia tiada sifat malu dan segan sambil menunggu pelanggan datang, dia akan promosi dengan cara menjerit versi Upin dan Ipin.

"Mari! Mari! Mari beli aiskrim Rayyan! 2 batang RM1 sahaja. Abang, kakak, mari beli," jeritnya.

Allah anugerahkan kami anak yang pintar ini. Terima kasih Allah. - Rayyan Nawfal Idayei SUMBER

UPDATE: KES BERTUMBUK HANTARAN KAHWIN RM15K DAPAT PERHATIAN DARI SULTAN



#KUALA LUMPUR – Meskipun penjelasan dari pihak sebelah perempuan yang memetik kenyataan dari Imam Masjid Khadijiah telah dikongsikan, namun netizen masih juga tidak percaya dan menyalahkan pihak pengantin perempuan.

Ekoran itu, tampil ibu saudara dan kenalan rapat pengantin perempuan memberikan penjelasan dan menafikan laporan awal Kosmo! yang kononnya pengantin lelaki tidak bersalah.

#Kes ini menjadi semakin hangat membawa kepada campur tangan Seorang Sultan.