




Sumber: gelakhati
Imej dari Facebook Changi Airport
Nampaknya anda kini tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan info tentang jejaka ataupun gadis misteri igauan anda. Bila semuanya di hujung jari anda, sekejap je identiti mereka akan anda ketahui.
Minggu lepas ini seorang polis bantuan di Lapangan terbang Changi, Singapura menjadi viral di media sosial kerana dia dikatakan terlalu kacak.
Selepas gambarnya menjadi viral, identiti lelaki yang dikenali sebagai Lee Minwei telah didedahkan di Facebook rasmi milik lapangan terbang itu.
Lee Minwei, 22, baru tujuh bulan berkhidmat di lapangan terbang tersebut.
Wajah Lee menjadi viral selepas seorang wanita memuat naik fotonya ketika bertugas di Twitter. Rata-rata netizen memberi komen yang positif tentang lelaki kacak itu.
Sehingga kini foto Lee Menwei di Facebook telah mendapat lebih 10,000 perkongsian.
Sumber: Astro Awani
Reuters
Tiup belon pun rasa macam dah nak tercabut dah hidung, ini kan pula nak tak tiup tayar kereta pakai hidung.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Nie Yongbing, 63, yang berasal dari Chendu, China mampu mengembungkan serta meletupkan empat buah tayar dengan menggunakan hidung kanannya dalam masa 21 minit.
Atas saranan doktor, Yongbing di nasihatkan agar dia meletupkan belon menggunakan hidung untuk meningkatkan kesihatannya.
Tapi dia tidak merasa cukup mencabar sehingga tiga tahun lalu, Nie terus mempraktik kelebihan yang ada dengan meniup tiup tayar kereta menggunakan hidungnya.
Reuters
Sumber: mirror.co.uk
Wanita ini berjalan atas travelator sambil menarik bagasinya dengan penuh keyakinan. Tetapi yang peliknya, macam mana dia boleh tak perasan yang dia berjalan melawan arah travelator tu.
Bila dah perasan yang dia berada di laluan yang salah, dengan selamber nya dia terus je berjalan di laluan yang sama. Insiden melucukan ini telah dirakam oleh netizen yang tertawa besar melihat kejadian itu di Lapangan Terbang Durban, Afrika.
Sumber: mynewshub
Imej dari kompas.com
Betul ke telinga tak perlu dikorek?
Jawapannya YA, telinga memang tak perlu dikorek. Nak tahu apa sebabnya?
1. Telinga kita mengeluarkan cecair dan pepejal iaitu wax atau lebih dikenali sebagai tahi telinga.
2. Salur telinga mempunyai mekanisma mencuci bahagian telinga sendiri. Sebarang kekotoran akan keluar sendiri dari bahagian dalam salur telinga ke bahagian luar.
3. Wax ini dijumpai di bahagian 1/3 luar salur telinga. Ia membantu bahagian dalam salur telinga menjadi kalis air. Jika anda membuang segala wax yang ada, maka air dengan mudahnya akan mengalir ke bahagian dalam salur telinga dan akan menggalakkan kesakitan pada bahagian dalam telinga, seterusnya menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.
4. Wax ini mempunyai fungsi antibakteria dan antifungal (basmi kulat).
5. Kulit di salur telinga lebih nipis dan sensitif terhadap geseran berbanding dengan kulit di bahagian badan yang lain. Semakin kerap putik kapas digunakan, semakin rosak kulit di bahagian salur telinga tersebut.
Sebenarnya tahi telinga perlu dikeluarkan sendiri oleh doktor menggunakan alat khas hanya jika kita mengalami masalah kesihatan. Lihat video dibawah kesan dari penggunaan cotton bud:
Imej dari Reader’s Digest
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Cosmopolitan
Kalau dah namanya perempuan, jangankan kongsi baju, make up pun kita kongsi dengan teman rapat dan adik-beradik. Itulah bestnya jadi perempuan. Tapi, perlu hati-hati ya bukan semua yang kita kongsi elok sebab barang make up yang kita kongsi dengan orang lain boleh datangkan jangkitan yang membahayakan seperti HIV!
Berus Solekan
Kes parah: Jangkitan kulit
Kenapa? Bakteria suka sembunyikan diri dalam berus solekan. Ia selalunya agak lembap disebabkan produk (seperti bedak asas) atau persekitaran (seperti bilik air). Kamu pinjam berus orang, kamu menempel kuman mereka pada kulit kamu dan kemudian merosakkan produk kamu.
Solekan Mata
Kes parah: Jangkitan mata
Mata adalah bahagian yang paling sensitif terutamanya membran mata yang basah mudah dijangkiti bakteria. Kenapa? Ia tak sama macam kulit yang ada perlindungan dan menjadikan jangkitan mata merah contohnya, sangat mudah.
Pisau Cukur
Kes parah: Virus bawaan darah (seperti HIV)
Setiap bahagian yang terluka terdedah kepada jangkitan yang bahaya terutama darah. Pisau cukur boleh terkena darah atau cecair yang meninggalkan bakteria pada matanya walaupun setelah dibilas. Bila terluka atau terguris, kamu terdedah kepada jangkitan staph, hepatitis dan HIV (walaupun kebarangkaliannya tipis).
Apa-apa produk yang dalam botol
Kes parah: Jangkitan kulit
Tangan kita tak semestinya bersih setiap masa daripada bakteria walaupun dah basuh tangan. Jadi kalau kalau main celup je tangan kan dah bawa bakteria untuk duduk dalam botol tu? Nak pula celup jari ke dalam krim yang dah rosak, habislah kulit! Cuba guna produk sendiri dan pastikan jari kamu bersih.
Berus Cuci Wajah
Kes parah: Jangkitan kulit
Berus solekan ni paling bahaya. Boleh kira siapa je yang basuh setiap kali lepas pakai. Ni kongsi dengan macam macam jenis kulit muka, hmm memang penuh dengan ternakan bakteria la jawabnya. Tu yang kulit jadi sensitif tu!
Gincu/Glos
Kes parah: Bibir pedih dan rengsa
Kenapa? Mulut (yang juga ‘bonanza bakteria’) tidak mempunyai lapisan epidermis paling luar seperti kulit, kata Julie Karen MD, pakar kulit. Ini menjadikannya mudah terkena jangkitan seperti virus herpes simplex jenis 1 (siaplah bibir pecah-pecah) dan lebih biasa, selesema.
Jadi tolong hati-hati kalau nak kongsi barang solekan okay?
Bila kena gigit nyamuk mulalah rasa tak selesa, lebih-lebih kalau anda jenis ada alahan atau allergic. Boleh jadi tak keruan tau.
Berikut merupakan kaedah semula jadi untuk mengurangkan rasa gatal yang anda boleh cuba di rumah.
1. Daun Lidah Buaya Atau Aloe Vera
Aloe vera dapat mengurangkan rasa sakit, gatal dan lebam pada kulit anda. Potong aloevera itu dan sapukan lendirnya di tempat
2. Ais
Suhu sejuk dapat mengurangkan rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Letakkan air ke dalam tuala kecil dan tuam pada bahagian yang terkena gigitan selama 15 minit.
3. Bawang Putih
Bawang putih tidak hanya menghilangkan kesan bintat dan gatal, ia juga dapat membantu mencegah daripada anda di gigit lebih awal. Nyamuk serta serangga lain tidak tahan dengan bau bawang putih tersebut. Sapu bawang putih yang telah dicincang di kawasan yang gatal dan biarkan selama beberapa minit, kemudian cuci.
4. Madu
Madu dikatakan mengandungi antibakteria dan menghalang masalah radang. Ia baik untuk melegakan rasa gatal pada kulit akibat gigitan serangga. Letakkan setitik madu pun dah mencukupi untuk satu kesan gigitan nyamuk.
Sumber: EH!
Lain macam sikit menu ni. Mana taknya, selalukan menu dicetak pada helaian kertas. Tapi kat kefe ni menu dicetak pada pakaian pekerja. Menurut pemilik kafe yang dikenali sebagai John, dia hanya akan menggunakan khidmat pekerja wanita itu untuk beberapa hari sahaja bagi menarik pelanggan di awal pembukaan kafe tersebut. Tetapi jika perniagaannya masih mampu mempunyai pekerja wanita di kafe, dia ingin terus mengambil mereka untuk melayan pelanggan.
Pelanggan hanya perlu menunjuk menu yang mereka inginkan. Mereka sama sekali dilarang untuk menyentuh wanita-wanita itu.
Sumber: Bangkok Coconuts
Tidak dinafikan perkara yang paling sukar untuk kita lakukan semasa memandu adalah untuk tidak melihat telefon. Apatah lagi jika kita memandu sendirian. Sepertinya telefon bimbit lebih menghiburkan daripada lagu-lagu di radio.
Percaya atau tidak, sekali pandangan anda terleka semasa memandu kereta anda akan lari daripada laluan yang betul. Sama ada anda melihat telefon bimbit, mencari barang di dalam handbag dan sebagainya.
Tonton video ini dan ambil pengajaran daripadanya. Bagaimana empat orang gadis begitu seronok menyanyi sambil berjoget di dalam kereta, sehinggalah pemandu mengambil telefonnya apabila ada bunyi notifikasi masuk.
Tidak ada benda yang lebih penting daripada nyawa. Jika anda tak sayangkan nyawa anda, fikirkan nyawa-nyawa yang sedang anda bawa ketika memandu. Biarkan telefon anda berbunyi, tak perlu lihat. Pakai earphone jika ingin menjawab panggilan.
Begitu juga semasa berada dalam kesesakkan lalu lintas, tak semestinya kereta bergerak perlahan mengurangkan risiko kemalangan jika bermain telefon. Pilihan di tangan anda.
Sumber: Youtube
Gadis yang berasal dari Rusia ini dikenali ramai bukan kerana dia berjaya memecahkan rekod World Powerlifting Congress, namun namanya mula menjadi sebutan kerana wajahnya yang comel tetapi berbadan sado. Bayangkan muka barbie tapi badan The Rock, mestilah viral kan.
Julia Vins, 20, mula menjinakkan diri ke gim sejak berusia 15 tahun lagi. Setiap kali ke gim dia akan melakukan senaman yang sama yang dilakukan oleh pengunjung lelaki di gim itu.
Julia sangat menghargai sokongan yang tak berbelah daripada teman lelakinya, biarpun ramai yang tidak berkenan dengan professionnya itu. Dia juga tidak mengambil pusing dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Tambahnya lagi, tanggapan masyarakat tentang wanita di Rusia tidak akan berubah di mana mereka menganggap tempat wanita hanyalah di rumah dan di dapur sahaja.
“Ketika saya mengembara ke benua Eropah dan Asia, saya perasan bahawa orang di sana lebih hormati saya dan walaupun mereka tidak suka dengan apa yang saya lakukan, mereka masih menghormati pilihan saya,” katanya.
Sumber: Siakap Keli
Satu rakaman video menunjukan seorang lelaki berbadan gempal bermain gelongsor air di sebuah taman tema. Apa yang berlaku selepas dia melungsur turun pasti akan membuatkan anda tergaman dan gelak besar.
Sumber: Youtube
Berderau darah kami masa tengok video ni. Lelaki ini secara tak sengaja telah merosakkan empat buah TV yang terdapat di dalam sebuah kedai elektronik. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, habis rosak semuanya! Kos kerugian yang ditanggung bernilai £5000 (lebih RM25,000).
Tak pasti sama ada insiden ini benar-benar berlaku ataupun ianya hanyalah strategi pemasaran mereka. Anda tengoklah video ni dan nilai sendiri.
Sekumpulan lelaki terkejut apabila seekor ikan jerung tiba-tiba masuk ke dalam sangkar dimana terdapat seorang penyelam di dalamnya.
Tindakan sepantas kilat salah seorang krew yang membuka bahagian atas sangkar itu sememangnya patut dipuji. Tak sampai beberapa saat pintu masuk ke dalam sangkar dibuka, jerung itu kelihatan keluar dari sangkar tersebut.
Nasib baik penyelam professional tu selamat. Difahamkan dia keluar dari sangkar itu dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Video berdurasi 1.37 saat ini menunjukan bagaimana insiden itu berlaku.
Anda boleh tonton video tersebut di sini:
Sumber: Youtube
Tahukah anda penyandar kepala kerusi boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta jika anda terperangkap di dalamnya?
Cabut je kepala penyandar kerusi itu dan gunakan batang besi yang terdapat pada kepala penyadar kerusi untuk memecahkan cermin kereta anda. Paling penting, jangan panik!
Meh tengok video tutorial kat bawah ni:
Sumber: Youtube
Lubang-lubang yang terdapat pada biskut tu bukanlah untuk hiasan semata-mata. Ada sebabnya kenapa terdapat lubang pada biskut-biskut yang dibuat.
Fungsi lubang-lubang tersebut adalah bagi memastikan biskut dimasak secara rata. Jika tidak, biskut tersebut tidak dimasak dengan sempurna. Biskut juga akan menjadi keras dan cacat sekiranya jarak lubang terlalu dekat.
Sumber: Oh Kiji